Cari Saja

Irma Hasni Hamil Cahaya Mata Kedua

  • 0
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Irma Hasni yang kini sedang hamil anak yang kedua selepas anak sulungnya iaitu Redza Syah Irfhan yang berusia 10 bulan. 

Berita gembira ini telah dikongsi oleh suami Irma Hasni sendiri di laman Instagram miliknya yang berbunyi:
Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya Allah…Doakan #irmahasmie dipermudahkan untuk terima amanah Allah SWT…Im very proud of u mommy :) Me & #redzasyahirfhan love u so much…Syukur Alhamdulillah.


Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua untuk memegang amanat yang diberikan oleh Allah ini kepada mereka.


10 Artis Paling Ramai Pengikut Di Twitter Sehingga 12 Januari 2014

Semakin hari semakin ramai jumlah pengikut di laman twitter artis-artis kita ini. Diam tak diam mereka berjaya mengekalkan pengaruh menerusi laman tersebut. Mari kita lihat 10 Artis Paling Ramai Pengikut Di Twitter Sehingga 12 Januari 2014.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini Lisa Surihani berjaya menduduki tangga yang teratas di antara artis yang mempunyai pengikut yang paling ramai di twitter. Pada tahun ini beliau berjaya mengekalkan kedudukannya ditangga yang teratas dengan jumlah pengikut seramai 1,954,296 sehingga jam 3 petang Ahad.


Tempat kedua pula diduduki oleh Zizan Razak dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,521,913.


Manakala tempat ketiga diduduki oleh Shaheizy Sam dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,452,099.


Tempat keempat pula, diduduki oleh Aaron Aziz dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,423,342.


Seterusnya, tempat kelima 10 Artis Paling Ramai Pengikut Di Twitter Sehingga 12 Januari 2014 ialah Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,293,570.


Kemudian, tempat keenam diduduki oleh pelakon lelaki ini iaitu Awal Ashari dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,258,335.


Tempat ketujuh pula diduduki oleh Liyana Jasmay dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,224,860.


Ditangga kelapan pula diduduki oleh pelakon ini iaitu Nora Danish dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,089,744.


Manakala, ditangga yang kesembilan diduduki oleh penyanyi kecil molek Najwa Latif dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,056,540.


Artis yang menduduki tangga kesepuluh dalam kategori Artis Paling Ramai Pengikut Di Twitter Sehingga 12 Januari 2014 pula ialah penyanyi hebat ini iaitu Yuna Zarai dengan mencatat jumlah pengikut seramai 1,012,307.


Begitulah antara senarai artis-artis yang memiliki jumlah pengikut yang mencecah angka sehingga 1juta lebih. Semoga mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi!!!


Shila Tercalon Di World Music Awards Untuk 5 Kategori

  • 0
Tahniah buat Shila Amzah yang tercalon dalam World Music Awards baru-baru ini menerusi 5 kategori iaitu World's Best Female Artist, World's Best Entertainer, World's Best Live Act, World's Best Song (MAC) dan World's Best Video (MAC).

Anugerah yang berprestij ini bukan calang-calang orang boleh memasukinya kerana mereka perlu bersaing dengan selebriti terkenal dunia yang lain.

Shila Amzah mula mencipta nama di mata dunia apabila dia memenangi pertandingan nyanyian realiti Asean Wave di China, menewaskan peserta-peserta lain di seluruh Asia dan China.


Shila berjaya memukau semua penonton apabila beliau menyanyikan lagu tema Chinese Idol iaitu sebuah pertandingan terbesar di China yang bertajuk ''Zheng Fu''. 

Kefasihan beliau bertutur dalam bahasa mandarin memberikan kelebihan kepada empunya diri sekaligus berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Tahniah sekali lagi buat Shila Amzah dan semoga beliau terus berjaya di masa-masa akan datang.

Hari Jadi Siti Dipenuhi Dengan Kek Dan Hadiah


Nama yang tidak asing lagi dipersada seni tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah menyambut hari jadi yang ke-35 pada hari ini pada tanggal 11 Januari 2014. Hari jadinya yang ke-35 ini dimeriahkan lagi dengan pemberian kek dan juga hadiah daripada peminat-peminat beliau.

Datuk Siti turut berkongsi kegembiraan ini dengan memuatnaik gambar-gambar kek dan juga hadiah yang diberikan kepadanya.


                      

                     

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-35
diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza

Bukan itu sahaja, malah ada di antara peminatnya yang sanggup menghantar kek dan juga hadiah ke rumah beliau sendiri. Beruntung Datuk Siti mempunyai peminat yang setia sebegini.




30 Cawangan Hot Burger Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat

Perniagaan Hot Burger yang dikendalikan oleh artis Fizo Omar kini mendapat sambutan yang luar biasa apabila dia berhasrat untuk membuka 30 cawangan hot burger lagi di sekitar Selangor dalam masa yang terdekat ini.

Hampir 100 usahawan yang berjaya dilahirkan dibawah perniagaan ini. Bukan itu sahaja, mengikut status yang dikeluarkan oleh Fizo Omar dalam laman facebook beliau berkata bahawa hot burger akan maju setapak lagi dengan memperkenalkan lori 'hot burger mobile' tidak lama lagi. 

Oh retis difahamkan bahawa Fizo Omar turut membantu golongan belia yang berminat untuk berniaga hot burger tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Menurut beliau dalam Mstar:
"Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat," katanya.
Menurutnya lagi:
"Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik," katanya. 
Antara kelainan jenis burger yang dijual disamping daging dan ayam adalah jenis burger ikan, unta, burung unta, arnab, dan rusa.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau ingin menyertai sebahagian daripada program ini bolehlah menghubungi Asri Hamid di talian  011-1929 9990 untuk keterangan lebih lanjut.


Pencetus Ummah Cetus Fenomena Dikalangan Orang Muda


Program yang telah disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106) ini telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah. Program ini telah menemui kemuncaknya pada pertandingan akhir Pencetus Ummah apabila PU Hafiz menjadi juara selepas menewaskan tiga finalis lain pada malam khamis, 9 Januari 2014.

Dengan itu, Hafiz telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C dan sejumlah wang tunai bernilai RM50,000 beserta pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Tahniah buat Hafiz (Juara Pencetus Ummah Akhir)
Mimbar Pencetus Ummah yang bertemakan ''Duniaku  Dakwahku'' telah mencetuskan fenomena baru dikalangan orang muda. Kreativiti dakwah yang ditunjukkan oleh para peserta telah menyentuh hati dan menarik minat semua golongan untuk menyaksikan persembahan mereka.

Program ini dilihat mendapat sambutan ramai dan banyak yang mengharapkan agar program sebegini diperbanyakkan lagi di masa-masa akan datang.

Pengisian yang bermakna ini haruslah dikekalkan dan diperbanyakkan agar kita sentiasa menginsafi diri pada setiap masa.

Risteena Tidak Sabar Bertemu Dengan Peminat

  • 0
Artis baru yang sedang meningkat naik iaitu Nur Risteena Munim yang lebih dikenali sebagai Afina Aulia dalam lakonan ''Playboy Itu Suami Aku'' mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan peminatnya.


Pelakon wanita yang berusia 25 tahun ini dilihat mempunyai jumlah peminat yang ramai sehinggakan banyak akaun palsu yang menyerupai dirinya di laman twitter, facebook mahupun di instagram. Ini membuktikan bahawa beliau sudah mula dikenali ramai.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini juga sangat menghargai para peminatnya apabila beliau baru-baru ini mengeluarkan status di twitter bahawa dia menyayangi semua peminat-peminatnya.


Gambar yang dimuatnaik ke dalam akaun Instagramnya ini ditujukan khas buat semua peminat-peminatnya yang disayangi.