Cari Saja

Risteena Tidak Sabar Bertemu Dengan Peminat

  • 0
Artis baru yang sedang meningkat naik iaitu Nur Risteena Munim yang lebih dikenali sebagai Afina Aulia dalam lakonan ''Playboy Itu Suami Aku'' mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan peminatnya.


Pelakon wanita yang berusia 25 tahun ini dilihat mempunyai jumlah peminat yang ramai sehinggakan banyak akaun palsu yang menyerupai dirinya di laman twitter, facebook mahupun di instagram. Ini membuktikan bahawa beliau sudah mula dikenali ramai.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini juga sangat menghargai para peminatnya apabila beliau baru-baru ini mengeluarkan status di twitter bahawa dia menyayangi semua peminat-peminatnya.


Gambar yang dimuatnaik ke dalam akaun Instagramnya ini ditujukan khas buat semua peminat-peminatnya yang disayangi.




No comments: