Hanis Zalikha atau panggilan mesranya keknis telah mewujudkan satu saluran di ruangan Instagram dengan hashtag yang dikenali sebagai #SayaJual. Ruangan ini diwujudkan bagi membantu dan memberi peluang kepada semua yang menjalankan bisnes secara online untuk memperkenalkan produk atau bisnes mereka.
Ruangan #SayaJual ini juga akan dimuatnaik ke akaun Instagramnya seminggu sekali yang membolehkan orang ramai mendapatkan produk atau bisnes yang mereka kehendaki sahaja. Ruangan ini dikategorikan sebagai 'instahop' dimana mereka bebas untuk berniaga tanpa menganggu ruangan orang lain.
Ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan instagram kita dipenuhi oleh maklumat-maklumat yang kurang diperlukan. Oh retis merasa kesian apabila melihat ramai daripada artis-artis yang menjadi mangsa ''spam'' ini.
Jadi, selepas ini artis-artis di luar sana bolehlah menggunakan idea keknis ini sebagai satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan mereka merasa rimas apabila menerima comment tersebut.
Cari Saja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment