Cari Saja

Pencetus Ummah Cetus Fenomena Dikalangan Orang Muda

  • 0

Program yang telah disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106) ini telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah. Program ini telah menemui kemuncaknya pada pertandingan akhir Pencetus Ummah apabila PU Hafiz menjadi juara selepas menewaskan tiga finalis lain pada malam khamis, 9 Januari 2014.

Dengan itu, Hafiz telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C dan sejumlah wang tunai bernilai RM50,000 beserta pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Tahniah buat Hafiz (Juara Pencetus Ummah Akhir)
Mimbar Pencetus Ummah yang bertemakan ''Duniaku  Dakwahku'' telah mencetuskan fenomena baru dikalangan orang muda. Kreativiti dakwah yang ditunjukkan oleh para peserta telah menyentuh hati dan menarik minat semua golongan untuk menyaksikan persembahan mereka.

Program ini dilihat mendapat sambutan ramai dan banyak yang mengharapkan agar program sebegini diperbanyakkan lagi di masa-masa akan datang.

Pengisian yang bermakna ini haruslah dikekalkan dan diperbanyakkan agar kita sentiasa menginsafi diri pada setiap masa.

No comments: