Cari Saja

Shila Tercalon Di World Music Awards Untuk 5 Kategori

  • 0
Tahniah buat Shila Amzah yang tercalon dalam World Music Awards baru-baru ini menerusi 5 kategori iaitu World's Best Female Artist, World's Best Entertainer, World's Best Live Act, World's Best Song (MAC) dan World's Best Video (MAC).

Anugerah yang berprestij ini bukan calang-calang orang boleh memasukinya kerana mereka perlu bersaing dengan selebriti terkenal dunia yang lain.

Shila Amzah mula mencipta nama di mata dunia apabila dia memenangi pertandingan nyanyian realiti Asean Wave di China, menewaskan peserta-peserta lain di seluruh Asia dan China.


Shila berjaya memukau semua penonton apabila beliau menyanyikan lagu tema Chinese Idol iaitu sebuah pertandingan terbesar di China yang bertajuk ''Zheng Fu''. 

Kefasihan beliau bertutur dalam bahasa mandarin memberikan kelebihan kepada empunya diri sekaligus berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Tahniah sekali lagi buat Shila Amzah dan semoga beliau terus berjaya di masa-masa akan datang.

No comments: